PENUKARAN KE LAMAN WEB BARU- http://kamalzharif.kamaludin.net

May 6th, 2008 by muslimpagekamalzharif

BLOG INI TELAH DIPINDAH KE LAMAN WEB YANG BARU:

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

PENUKARAN KE LAMAN WEB BARU- http://kamalzharif.kamaludin.net

May 6th, 2008 by muslimpagekamalzharif

BLOG INI TELAH DIPINDAH KE LAMAN WEB YANG BARU:

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

PENUKARAN KE LAMAN WEB BARU- http://kamalzharif.kamaludin.net

May 6th, 2008 by muslimpagekamalzharif

BLOG INI TELAH DIPINDAH KE LAMAN WEB YANG BARU:

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

PENUKARAN KE LAMAN WEB BARU

May 6th, 2008 by muslimpagekamalzharif

BLOG INI TELAH DIPINDAH KE LAMAN WEB YANG BARU:

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

http://kamalzharif.kamaludin.net

Percampuran…Lelaki…Perempuan

May 2nd, 2008 by muslimpagekamalzharif
Ikhtilat...Ikhwah…Akhawat
www.iLuvislam.com
oleh: Cik Hijau

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas
yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu
bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah
persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam
masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja
melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah
dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster.
Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah
begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah
daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja
tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian
kepakaran. Maka tenggelamlah konsep ‘kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi’.
Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja.
Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa’ dan rijal menjaga maruah dan
pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas
keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa’ terutamanya menegaskan
suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah
kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan
mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan
penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)


Apabila rijal dan nisa’ berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan
keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan
kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah
malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita
melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan
pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan
bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai
Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama)
kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang
kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan
menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah.
Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom
kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki.
Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa’ (bagi nisa’) dan rijal
(bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar
kudrat kita contohnya apabila nisa’ minta bantuan rijal soal baiki
latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa’.
Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah
sebaliknya bagi rijal.

2.
Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat.
Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu
disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah
–olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain
yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa’ selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai
isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu
bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara,
sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan yg baik."
Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati.
Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu
risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan
dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya
dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan.
Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar
"make eye contact with the person you’re talking to". Melainkan dengan
kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh.
Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna
tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan.
Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak
berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang
tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan
urusan. Jangan lupa peneman anda.

Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.

"Lalu
apa yang telah aku lakukan selama ini…Ya Rabb…tolong ampuni
aku…untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan
hati yang tak terhijab… Ya Rabb…Engkau mengawasi kami tiap detik,
karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih
berganti menemani kami siang dan malam…"


Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan
biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan
banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang
dikasihi.

"Elakkanlah berhubung
tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina)
kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

Adat Berkenalan Sebelum Pernikahan

Posted by
Posted by azree_mh
on November 23 2007 01:06:24

“Cinta itu kan
fitrah. Tak salah bercinta,” Kata si fulan 1.

“Islam tak
larang lelaki dan wanita berhubung,” Si fulan 2 pula menyampuk.

Ya. Memang betul
bahawa lelaki dan perempuan boleh berhubung. Dan patut saling mengenali jika
ada hasrat untuk bernikah.

Malah Nabi
Muhammad turut menyuruh kita supaya melihat terlebih dahulu bakal pasangan kita
itu. Ada satu kes pada zaman Nabi Muhammad yang berlaku antara Habibah binti
Sahl
dengan Tsabit bin Qais.

Habibah tidak
pernah melihat bakal suaminya sebelum berkahwin sampailah tiba malam pertama.
Habibah sangat terkejut bila bertemu suaminya sehingga dia pergi berjumpa Nabi
Muhammad.

“Wahai
Rasulullah, kepala saya tidak dapat bertemu dengan kepala Tsabit buat
selama-lamanya. Saya menyingkap ruang kamar, dan melihatnya bersiap-siap.
Ternyata dia sangat hitam kulitnya, pendek tubuhnya, dan sangat buruk
wajahnya….”

:: HR Al Bukhari dan An Nasa’i ::

 

Tetapi semua di
atas ini bukanlah alasan untuk kita melanggar semua peraturan yang telah
digariskan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Mahu berkenalan itu
adalah perlu, tetapi perlu mematuhi batas pergaulan.


 

 

Degup-degup Ta’aruf

“Saya
bersembunyi di bawah pohon untuk melihatnya,” Kata Jabir bin Abdullah.

Ungkapan Jabir
bin Abdullah ini membawakan perasaan tegang, lucu dan menunjukkan degup di dada
kian terasa untuk berkenalan. Memang Nabi Muhammad menyuruh para sahabat untuk
mengenali terlebih dahulu pasangan yang ingin dinikahi
.

Tetapi para
sahabat tidaklah mengambil peluang tersebut
mengenali dengan cara berdua-duaan,
berbual-bual berjam-jam, bergelak tawa dan sebagainya. Kerana mereka sedar ada
batasan dalam hubungan antara lelaki dan perempuan. Dan mereka faham jika itu
yang agama pinta, mesti ada sebabnya.

Apa yang perlu
diwaspadai adalah ketika degup-degup itu dihasut oleh syaitan. Lalu menjadi
serong. Tersimpang jauh dan menyesatkan. Sampaikan perkara yang salah kita
katakan betul
. Inilah yang ingin dibincangkan dalam entri kali ini.

Simpan Itu, Untuk Yang Halal Bagimu

“Telah tertulis
atas anak Adam akan nasibnya dari sudut zina akan bertemu dalam hidupnya, tidak
bisa tidak. Maka kedua mata, zinanya adalah memandang. Kedua telinga zinanya
adalah mendengar. Lisan, zinanya adalah berkata. Tangan zinanya adalah
menyentuh. Kaki, zinanya adalah berjalan. Dan zinanya hati adalah ingin dan
angan-angan. Maka akan dibenarkan hal ini oleh kemaluan, atau didustakannya.”

 

 

:: HR Muslim, dari Abu Hurairah ::

 

Hadis ini
meminta kita berhati-hati terhadap setiap yang kita lakukan. Setiap daripada
anggota badan kita
ada masanya yang memacu kita ke arah zina. Kadang kita
sendiri tidak sedar. Tetapi bila ada yang memberi teguran mengingatkan, maka
terimalah.

Jangan pula kita
cuba mengatakan perkara yang kita buat itu betul.

Bagi yang sudah
berpasangan, katakan kepada pasangan anda, “Kalau yang kamu ingin beri itu
adalah pesona tatkala saya masih belum layak menerimanya, maka saya harap itu
bukan untuk saya. Ya, indera yang boleh memacu kita ke arah zina itu, saya
harap bukan untuk saya selagi saya belum berkahwin dengan kamu.”

Setiap indera
kita iaitu mata, telinga, lisan dan sentuhan boleh memacu kita ke arah zina.
Ini yang perlu kita jaga sebaik mungkin selagi belum berkahwin.


 

Bantu Aku Menjaga Pandanganku

Pernah saya
lihat dompet seorang kawan saya ada gambar seorang perempuan. Nampak macam
tidak salah
. Ah! Apa salahnya sekadar melihat gambar, bukannya bertemu melihat
depan-depan.

Ya, tidak salah
kalau kita ingin melihat terlebih dahulu wajah dan bentuk fizikal bakal
pasangan kita itu. Tetapi kalau sampai disimpan dalam dompet, laptop dan
ditampal di loker untuk ditatap hari-hari itu, mungkin akan mendatangkan
masalah.

Itu bukan lagi
niat untuk berkenalan tetapi sudah menjadi penyakit kepada hati
. Kalau
lama-lama sampai bertahun-tahun mungkin menimbulkan rasa jemu. Ah,
sedangkan kalau seseorang itu pakai baju
yang sama berhari-hari pun, sudah tentu kita jemu memandangnya.

“Oit, kau dah
takde baju lain nak pakai ke?”

Ini baru soal
melihat gambar berhari-hari, belum lagi bagi yang berjumpa mahu berhari-hari
jugalah. Bak kata orang yang bercinta ini, sehari tidak jumpa bagaikan hati
sudah mahu dirobek keluar. Makan pun tak lalu.

Ha. Kalau makan
tak lalu, berpuasalah. Hehe. Lagi saya suka kalau saya yang makan tak lalu.
Boleh kuruskan badan.

Mahu dikatakan
sepandai-pandai kita pun, lagi pandai si syaitan tersebut. Orang kata lebih
lama hidup maka lebih banyak pengalaman. Cuba kira sudah berapa lama kita hidup
dan sudah berapa lama syaitan ini wujud di muka bumi.

Betapa pandainya
syaitan ini sampai bila kita melihat si dia, mata kita terasa terpikat sampai
badan tiba-tiba jadi cergas
. Biasalah kalau sudah tergoda, ibaratnya macam
disuntik dadah. Kemahuan meluap-luap. Kemudian timbul pula penyakit hati.


Jihad terbesar umat Islam: Melawan nafsu

Bantu Aku Menahan Kebisingan Syahwat

Wahai perempuan,
tahukah anda bahawa imaginasi kaum lelaki ini begitu tinggi? Sampaikan kami ini
boleh mengimpikan dan membayangkan dengan detail apa-apa sahaja dengan hanya
mendengar suara
.

Jika suara anda
itu lembut, ia akan membuat dentingan frekuensi yang sangat halus sampai
menyengat-nyengat jiwa. Kadang-kadang berbisik-bisik sampai menimbulkan rasa
ghairah yang tinggi
.

Saya bukannya
menyuruh anda berteriak-teriak apabila bercakap dengan kaum lelaki. Memang
sudah fitrah suara perempuan itu lembut. Jadi, janganlah dilembutkan lagi.
Sampai merengek-rengek bercakap dalam telefon.

Ah! Anda jangan
ingat kalau cakap dalam telefon, kami tidak boleh membayangkan sesuatu.
Bukankah saya sudah katakan tadi imaginasi kami ini sangat tinggi sampai anda
tidak dapat membayangkannya. Hehe. Kalau tidak mana mungkin terlalu banyak
iklan klub-klub telefon dalam majalah Mastika
.

Apa yang perlu
dibuat apabila ingin bertemu dengan lelaki, tegaskan suara. Biar frekuensi itu
tidak dapat menjentik sedikit pun hati-hati kami.

Dan kepada kaum
lelaki, tahanlah nafsu itu. Nanti niat asal yang hendak berkenalan itu jadi
lain pula. Terpikat dengan suara, bukannya terpikat dengan agama.

Bantu Aku Bernafas

Jangan pula
dilupakan hidung. Ini pun satu lagi deria yang sangat sensitif.

“Wanita mana
yang memakai haruman kemudian keluar dan berharap agar orang ramai dapat
menghidu bau haruman tersebut, maka dia adalah penzina.”

 

:: HR Abu Dawud dan At
Tirmizi ::


Sekali lagi
ingin saya ingatkan, imaginasi lelaki ini sangat tinggi. Sekali dia membau
haruman daripada badan, berkemungkinan dia membayangkan sesuatu yang tidak
patut.


http://www.lakewoodconferences.com/direct/dbimage/50306053/Perfume_Bottles.jpg

 

Kulitku Sangat Peka

Seorang naqib
saya sewaktu di sekolah tersebut pernah mengibaratkan akan persentuhan kulit
antara lelaki dan wanita bukan mahram itu seperti persentuhan kulit kita dengan kulit babi
.

Jangan
salahkannya, kalau tersentuh kulit babi masih boleh disucikan. Tetapi dengar
pula hadis yang ini:

“Sungguh, jika
kepala salah seorang daripada anda dicucuh dengan jarum besi yang menyala, itu
masih lebih baik daripada anda menyentuh perempuan yang tiada halal bagimu.”

:: HR At Thabrani dan Al Bahaiqi ::

 

Masih lagi saya
ingin ingatkan, kita ini kaum lelaki sangat kuat berimaginasi. Kalau dengan
mendengar dan bau sahaja pun sudah menerbitkan khayalan-khayalan yang tidak
patut, apatah lagi kalau dapat menyentuh si dia.

Ah! Anda mahu
berkenalan atau mahu apa ini?

Kawal Kata-kata

Orang kata bila
mahu berkenalan perlulah memaniskan kata-kata. Ya, betul. Tetapi memaniskan
kata-kata bukan bermaksud sengaja membunga-bungakan kata-kata.

Cukuplah
mengeluarkan ayat-ayat yang sopan. Jangan sampai keterlaluan sampai bahasa
berbunga-bunga. Kalau mahu menulis sajak, bolehlah.

“Saudari, minggu
depan rasanya kita perlu buat meeting
untuk program ini.”

“Saudari,
rasanya sudah tidak tertahan hati ini untuk berjumpa. Moga silaturrahim yang
dibina akan memantapkan gerakan program ini.”

Bezakan dua ayat
di atas. Kalau rasa pernah dengan sengaja mengeluarkan kata-kata dengan harapan
dapat menyentuh hati si dia, maka cubalah berhenti sekarang. Bukankah anda kata
sekadar mahu berkenalan. Apabila sudah berkahwin nanti, buatlah ayat yang macam
mana sekalipun.

Jaga Jarak

“Janganlah
seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan
janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani
mahramnya.”

:: HR Al Bukhari dan Muslim ::

 

Kalau tidak
bertemu atau berjumpa, orang kata tidak sah sebagai syarat untuk berkenalan.
Tetapi ada syaratnya juga.

Kalau mahu
berkenalan dengan si dia, jadilah lelaki yang berani terus berjumpa dengan ibu
dan bapanya. Bukannya sekadar berjumpa di taman, di cafe atau di library.

Dan kalau ada
hal yang betul-betul penting, seperti meeting atau mahu buat kumpulan belajar
bersama, pastikan perkara itu betul-betul perlu. Atau betul-betul terdesak.
Jangan jadikan alasan dengan mengatakan sekadar mahu belajar. Eh, rakan sekuliah
yang sama jantina bukankah ramai?


Berkenalan Sebelum Berkahwin

Saya cuba
meringkaskan apa yang saya tulis di atas. Menurut Syeikh Muhammad al-Munajjid,
beliau menggariskan beberapa perkara dalam pergaulan lelaki dan perempuan:

1. Elakkan
dari berkata-kata perkara yang di luar topik.

2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara.

3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi (personal).

4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan didalam hati.

Dan adat Melayu
janganlah diabaikan. Bukankah adat Melayu itu juga banyak terselit unsur Islam.
Ingat lagi adat merisik?

Orang waktu dulu
bila menyukai seseorang, dia akan meminta orang lain merisikkan untuknya.
Bukannya dia yang dengan muka tidak tahu malu merisik sendiri.

Janganlah kata
adat merisik kita ini kolot. Tidak kena dengan peredaran zaman. Dan kemudian
mengguna pakai adat Barat yang kononnya dikatakan moden. Tetapi adat mereka
itulah yang merosakkan institusi kekeluargaan di sana.

Masihkah anda
mahu kata adat kita ini kolot?

Sumber: Nikmatnya Pacaran Selepas Pernikahan.


Cerpen: Akan Adakah Lagi Akh Marwan?

April 30th, 2008 by muslimpagekamalzharif

Cerpen: Akan Adakah Lagi Akh Marwan?

By: Muharikah

Insyirah duduk termangu sambil menanti
menu pesanan di bawa kepadanya.
Fikirannya melayang kosong. Kebiasannya
Insyirah jarang membuang waktu
sebegitu.
Lantas dikuaknya kitab kesayangan di
tangannya..

‘ Cukuplah jika hanya sehelai muka
surat,’ bisik hatinya.

Setelah selesai bacaan khusyuknya
mentadabburi ketinggian kalimah
Tuhannya, lamunannya kembali menjelma,
berterbangan di alam mindanya…

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxx

Zahirah tersenyum malu di hadapannya.
Tunduk tersipu-sipu..

‘ Ukhti, betul ke ni? Anti setuju ?
Tidakkah terlalu awal ? ‘ Insyirah
bertanya dengan wajah yang berkerut.
Dia
masih musykil dengan jawapan ukhtinya
itu.

‘ Mengapa? Bukankah akak sendiri yang
menyampaikankan lamarannya?’ Zahirah
hairan terpinga-pinga. Di dadanya
bergelojak perasaan tanda tanya yang
pelbagai.

Insyirah menggeleng-gelengkan
kepalanya.
‘Tidaklah.Akak cuma menyampaikan amanah
akh Tariq. Dia mengatakan dia sudah
bersedia untuk menikah dan ternyata dia
memilih anti’.

Insyirah menarik nafas panjang lalu
menyambung, ‘Kalau anti sudah bersedia,
jangan risau. Anti pun sudah
istikharahkan? Berserahlah pada Allah
ya?’
….

‘Nasi goreng daging?’ teguran pelayan
yang sopan dan anggun di Restoran Ala
Kadar itu mematikan lamunannya.

Mengapa ya peristiwa itu mengganggu
fikirannya? Dia sukar menerima keadaan
itu.

Namun, pada fikirannya, bukankah lebih
baik seorang akh itu memilih ukht yang
lebih menuntut pernikahan itu dan sudah
menanti begitu lama untuk menerima
lamaran dari seorang pemuda yang
memahami Islam dan mengikut tarbiyah
sepertinya? Umpamanya Nuha yang sudah
pun 27 ataupun kak Mira yang berusia 30
tahun? Mereka itu sanggup menolak
lamaran calon ahli keluarga hanya
kerana
ingin berkahwin dengan seorang akh!

Sedangkan Zahirah baru sahaja berusia
19
tahun. Agak muda dan mentah dalam
dakwah, namun itulah yang menjadi
pilihan seorang akh yang dia kagumi,
yang sudah lama bergelumang dalam
dakwah. Insyirah mengeluh berat.Dia
teringat akan perbualan zaujnya semalam
dengan akh Tariq. Dia berasa geram dan
sedikit jengkel dengan jawapan akh
Tariq.

‘Anta biar benar syeikh…Mas’ul Anta ok
ke. Ukht tu baru sangat. Masih umum.
Ingat sikit syeikh menikah ni bukan
sekadar memenuhi keperluan seorang
manusia tetapi untuk keperluan dakwah
juga syeikh….’ Lembut suaminya Zaid
berkata-kata.

‘Afwan syeikh! Ana ingat prinsip itu.
Ini semua adalah dalam rangka ibadah
dan
perhitungan kekuatan dakwah juga,
InsyaAllah. Dengan memilih Zahirah ,
ana
rasa ana akan lebih tenang beribadah
dan
lebih mantap pergerakan dalam dakwah.
Ana takut nanti daripada nikah dengan
orang lain ana akan tetap asyik
teringatkan dia..’ Akh Tariq
mempertahankankan keputusannya..

Waduh! Ucapan apakah itu dari seorang
akh yang pernah dikaguminya dahulu?
Yang
aktif di medan kata-kata dan amal?

Akh Tariq meneruskan hujahnya
lagi ’Ukht
itu juga adalah seorang yang cerdas,
memenuhi kriteria yang ana inginkan…’

’Bukan kerana dia cantik, syeikh?
’zaujku memintas.

‘Ala….itu fitrah syeikh. Normallah
itu.Kitakan lelaki? Rasionallah
syeikh..’ akh Tariq menjawab sambil
tertawa kecil. Berharap keinginan
lelakinya itu difahami oleh lelaki yang
menjadi perantara antara dia dan bakal
isterinya.

Dia mengakui keinginan fitrah manusia
yang suka pada kecantikan dan
keindahan.
Setiap insan boleh memilih siapakah
bakal ratu dalam rumah tangganya. Ya,
mereka layak memilih. Namun sangat
mengecewakan baginya bila ada seorang
akh seperti Tariq yang nyata
mengutamakan kecantikan fizikal
berbanding yang lainnya. Cuma
kriteria-kriteia yang lain adalah
sekadar penambah. Yang menjadi
pilihannya yang terutama adalah
kecantikan pada Zahirah yang memang
memukau pandangan, walau di mata wanita
sekalipun. Zahirah merupakan anak
kacukan Iran dan Melayu. Matanya coklat
berkilauan. Pipinya lembut keputihan.
Jika matahari memancar pada wajahnya,
akan terserlahlah kemerahan di pipi dan
bibirnya, menambahkan keperawanan
seorang wanita. Dia mengaku Zahirah
adalah orang yang solehah, namun
padanya, ada berpuluh lagi akhwat yang
menantikan pinangan seorang ikhwah.
Mereka semua tidak kurang cantiknya,
dan
mereka telah bertahun-tahun dididik di
bawah sistem tarbiyah yang syumul.

Insyirah benar-benar kecewa dengan
realiti yang ada. Bukankah seharusnya
orang seperti Tariq adalah mereka yang
sepatutnya memilih isteri pertamanya
berdasarkan kualiti agama, kemudian
barulah pada kualiti-kualiti yang
lain.Mengapa ini boleh berlaku?

‘Aih!Mengelamun ke,Puan Insyirah?!’
Satu
panggilan menghentikan lamunannya yang
panjang. Baru dia sedar nasi goreng
daging di hadapannya masih belum
disentuh lagi. Mastura ketawa kecil
melihat gelagat sahabatnya itu.

‘Eh, takdelah Mas. Cuma terfikirkan
karenah yang pelbagai di kalangan
manusia ini.’

‘Pasal kes ikhwah yang memilih sangat
pasangannya ke? ‘ Tepat sekali Mastura
menebak. Dia tahu teman karibnya
bergelumang dengan tanggungjawab yang
tidak ringan.

‘Insyirah, tak baik kalau asyik
terfikirkan sangat perkara itu.
Sekurang-kurangnya mereka masih mahu
memilih akhawat, bukan? ‘ Mastura
memujuk. Namun reaksi Insyirah tidak
menunjukkan dia mahu menerima
kenyataan itu.

‘ Bukan begitu. Ana kasihankan akhawat
kita yang masih lagi belum bernikah.
Takkan kita mahu jodohkan mereka dengan
calon yang bukan ikhwah? Hurmm, ana ada
terfikir juga, macamlah ikhwah itu
bagus
sangatkan? Tak dapat ikhwah pun tak
apalah. Mereka bukanlah yang terbaik di
dunia ini! ‘ jawap Insyirah penuh
emosi.
Dia tahu kata-katanya itu berada di
luar
batas fikiran rasionalnya. Namun
kadang-kadang realitinya begitu,
Mustahil untuk mengahwinkan semua
akhwat
dengan ikhwah memandangkan bilangan
ikhwah yang sedikit berbanding akhwat.
Apabila dianjurkan poligami, ramai
menolak. Maka akhawatlah yang perlu
beralah apabila ketiadaan calon buat
mereka. Ada yang terus meninggalkan
dakwah lantaran suami yang tidak
bersama-sama menceburkan diri dalam
dakwah.

‘Abaikanlah apa yang ana kata tadi Mas.
Lepas makan nanti kita pergi cari suami
ana ye?’
………………

‘Bila anta nak nikah? Dah habis study
dah.Sudah ada kemampuan. Kasihan
akhawat
menunggu,’ suara akh Zaid kedengaran di
balik pintu yang nipis. Insyirah dan
Mastura baru sahaja mahu mengetuk pintu
bilik pensyarah muda itu sewaktu mereka
terdengar perbicaraan itu berlangsung.
.
‘Biar dululah abang. Pada ana,
kemampuannya belum ada. Masih takde 20k
lagi. Tak boleh nak omong kosongkan?’
Balas satu suara yang tidak dikenal
pasti. Mastura dan Insyirah berkira-
kira
siapakah pemilik suara parau itu.

‘Bukan macam itu. Pada anta, anta minat
pada akhawat yang bagaimana?’

‘Kalau boleh bang, ana mahukan isteri
seumpama Aisyah yang cantik dan cerdas.
Bonus kalau dapat macam Khadijah yang
ada bisnes dan boleh sara ana sambung
masters! ‘ canda suara lelaki itu.

‘Yalah. Kalau boleh anta nak
kedua-duanyalah kan? Hurmm.. tapi kita
tak boleh terlalu banyak kriteria akh.
Susah juga nak cari nanti.’ Balas akh
Zaid secara berhemah.

‘Takpe bang. Ana yakin akhawat kitakan
ramai. Mereka pasti tak tolak punya
kalau ada ikhwah nak pinang mereka,’
jawap suara lelaki itu sambil tertawa.

Insyirah mendengar perbualan itu dengan
perasaan geram dan mual. Dia tak
sanggup
berada di situ terlalu lama. Niatnya
bertemu suaminya, Zaid dibatalkan.
Lantas dia menarik tangan Mastura dan
beredar dari situ.

‘Mudahnya mulut mereka berkata-kata!!!’
Gertak hatinya sendiri. Terasa hatinya
sedang panas membahang kerana
kegeraman.

‘Belum tentu ada akhawat nak kalau ada
hati macam itu! Tak sangkanya ada
ikhwah
berfikiran seperti itu’ Dia membentak
lagi.

‘Insyirah? Anti ok? Merah muka anti ana
tengok?’ Mastura menegur.

Insyirah hanya mampu menggeleng-geleng
kepala tanpa menjawab. Dia tak mahu
kerana kemarahannya dia memburukkan
saudara seIslamnya sendiri. Biarlah dia
menanggungnya sendiri.

Fikirannya tiba-tiba teringat akan akh
Marwan. Tersangat bagus peribadi dan
sikapnya. Dia bukan sahaja menjadi
sebutan dikalangan para siswi kerana
kesolehannya, namun dia juga adalah
seorang yang amat tampan. Pandang
sekali
tentu tidak puas. Terserlah aura anak
keturunan Bugis dan Jawa dari kulit
sawo
matangnya. Misai dan kumisnya dijaga
rapi. Rambutnya sentiasa disisir kemas
walaupun dia kelihatan gemar berkopiah.
Dia menjadi idola pada pelajar-pelajar
asing di universiti luar negara di
tempatnya menuntut. Dia cemerlang dalam
pelajarannya dalam masa yang sama
mantap
dalam tarbiyahnya. Jawatannya dalam
organisasi dan dakwah tidak terbilang.
Dia menjadi tokoh dikalangan ikhwah dan
dikagumi di kalangan akhawat.

Apabila tiba masanya akh Marwan untuk
bernikah, ramai tertanya-tanya siapakah
gerangan wanita bertuah yang menjadi
permaisuri hati beliau. Ramai meneka
tentulah pasangan hidupnya itu adalah
orang yang secocok dan sepadan
dengannya. Wanita yang turut menjadi
dambaan para pria.

Namun ketika Insyirah menghadiri majlis
perkahwinan akh Marwan itu, dia amat
terkejut apabila melihat isteri akh
Marwan adalah seorang wanita yang biasa
sahaja secara fizikalnya. Dan dia
mendengar isteri akh Marwan adalah 5
tahun lebih tua darinya. Pada wajahnya
tidak ada kecantikan yang terserlah
secara terang. Namun terbit cahaya yang
menyenangkan bagi sesiapa yang melihat
wajah wanita itu. Tentunya itulah
cahaya
kesolehan. Cahaya kecantikan yang
dilihat oleh seorang lelaki yang
sesoleh
isterinya juga.

Insyirah yakin akh Marwan membuat
pilihan itu atas dasar dakwah, atas
dasar Islam berbanding selainnya.

‘Puan Insyirah!Mengelamun lagilah tu!’
Mastura mengejutkannya lagi.

‘ Ade lagi ke ikhwah seperti akh
Marwan?’ Insyirah menjawab tiba-tiba.

Tercengang Mastura mendengarnya. Namun
dia faham apa yang difikirkan sahabat
baiknya.

‘Entahlah Insyirah. Ana sendiri ada
beberapa kriteria dalam memilih calon
suami ana sendiri. Ana inginkan bakal
suami ana memilih ana kerana kualiti
dalaman ana. Bukan kerana paras rupa,
ataupun kecemerlangan dalam studi
ataupun kerana jawatan yang ana
sandang..Bukan sebab duniawi itu tapi
kerana di atas sebab yang sama akh
Marwan memilih isterinya.’ Mastura yang
masih bujang itu menjawab.

Petang itu, Insyirah pulang ke rumah
membawa hatinya yang berat. Dia
mengeluh
berulang kali sehingga ditegur suaminya
yang prihatin.

‘ Abang, kenapa ada ikhwah yang memilih
sangat ye? ‘Insyirah bertanya manja.
Tak
mahu suaminya terasa dengan soalan itu.

Akh Zaid melempar senyuman buat isteri
tersayang.

‘Akhawat pun sama. Masih ada yang
menilai dari sudut kebendaan. Seperti
memilih calon suami yang stabil
kedudukan kewangan misalnya, bukan
begitu?’ suaminya pula bermain kata

‘Logiklah kan bang? Nak mencetak
generasi bakal pewaris ummah yang lebih
baik memerlukan dana yang bukan
sedikit.
Anak-anak mahu bersekolah, keperluan
rumah, makan minum dan sebagainya.
Kalau
anak ramai lagi banyak duit perlu
pakai,’ Insyarah berhujah, tidak mahu
kalah.

‘Ok. Jangan macam itu. Tak boleh
berhujah dengan emosikan? Pada abang,
mungkin benar ramai ikhwah mempunyai
kelemahan, tapi akhwat sendiri apa
kurangnyakan? Ada juga akhawat yang
belum lagi memenuhi ciri-ciri seorang
isteri seperti pandai memasak, menjaga
anak dan mengemas rumah. Maka kena
sama-sama perbaiki kelemahan itu bukan?
‘ Lembut akh Zaid memujuk isterinya.
Dia
sendiri pening apabila ditugaskan
memegang amanah sebagai AJK Baitul
Muslim. Terlalu banyak karenah manusia
ini.

Pada Insyirah, dia sudah tidak ada
jawapan pada persoalannya. Makin
difikirkan, makin berat kepalanya. Yang
pasti dia amat meyakini..sukarnya di
zaman ini untuk mencari ikhwah seperti
akh Marwan.

Ringkasan Khutbah Jumaat 25 April 2008 - Ulul Albab,pemikir kebesaran Allah

April 28th, 2008 by muslimpagekamalzharif

Ringkasan Khutbah
Jumaat 25 April 2008

Khatib: Ustaz
Khairulzaman bin Hj Anuar

  Universiti Teknologi Malaysia

 

Diringkas dan
diolah semula oleh:

Kamal Zharif bin
Kamaludin

 

ULUL ALBAB


460pxgalactic_cntr_full_cropped_1
 

Demi Allah, segala pujian bagiNya, pujian besar-besaran yang mampu menggegarkan
seluruh penduduk bumi bahkan gunung ganang, 7 lautan yang mengelilingi benua
turut tunduk patuh atas kehebatan luar biasa. Tiada satu makhluk yang mampu menandingi kehebatan taraf ilmu yang
dimilikiNya. Ilmu inilah yang menghiaskan segala keperluan dan kehendak makhluk
terpilih. Kehebatan sebeginilah yang
mampu memacu manusia dengan teknologi yang canggih sehingga mampu memanfaatkan
sebutir pasir menjadi medium kajian kejadian bintang-bintang. Kekuasaan yang sememangnya mutlak inilah yang
menyingkap betapa indahnya kejadian alam semesta, sehingga mampu membuktikan
nebula itu ‘kilang’ kelahiran bintang. Pembuktian sebegini hebat menjadikan kalimah Agung didengari oleh
pelusuk manusia yang cintakan keimanan. Kecintaan yang hakiki telah mendorong manusia meyakini sistem suria
asalnya dari gas yang berterbangan. Paparan alam ini sebenarnya telah membuka
banyak pintu hati untuk menerima sinar kebenaran. Paparan ini juga menyingkap
tirai minda akan keharmonian berjuta-juta bintang dan galaksi yang bergerak
dalam lingkaran yang tiada kecelaruan. Bayangkan akan logik akal yang mahu
memikirkan hal ini. Bayangkan kelajuan Bumi yang beredar, pengorbitan sistem
solar dan pergerakan Bima Sakti. Masing-masing melangkaui logik akal dengan bumi berkelajuan 108 000 km
per jam untuk melengkapi satu pusingan orbit, melebihi kelajuan peluru sebanyak
60 kali ganda. Sistem Solar pula
bergerak dengan halaju 720 000 km per jam menuju Solar Apex (laluan perjalanan
matahari di Bima Sakti) iaitu tempat di atas stera angkasa yang hampir kepada
bintang Vega. Ruang angkasa yang menakjubkan ini menjadi tempat Bima Sakti
‘mengorbit’ dengan 950 000 km per jam. Jutaan
gemerlapan bintang tidak berupaya untuk melawan kehendak al-Khaliq. Jutaan kerlipan yang menghiasi langit kita
tidak mahu untuk berlanggar satu sama lain, walau di sekitarnya asteroid,
bintang,sistem solar lain seolah-olahnya terbang seperti peluru, bahkan
terdapat beratus malah beribu billion lagi.

737pxsolarsyssvg_1
  600pxvega_spitzer

“Dia menjadikan malam dan
siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat
peredarannya)”.
 (Surah al-Anbiya: 33)

 

Firman Allah dalam surah As-Fussilat ayat ke-11:

Maksudnya: Kemudian Dia (Allah)
menunjukkan kehendakNya ke langit, sedang ia sebagai asap, lalu kataNya kepada
langit dan bumi: Datanglah kamu berdua (mengikutilah), baik dengan patuh atau
dengan terpaksa. Sahut keduanya, kami
datang dengan patuh.

599pxthe_earth_seen_from_apollo_17

Hebat bukan!

Cuba lihat petikan ini:

Ketika mengelilingi matahari, bumi
mengikuti seperti suatu orbit di mana setiap 18 batu, ia hanya tersasar sejauh
2.8 milimeter daripada arah. Orbit yang diikuti oleh bumi tidak pernah berubah,
kerana walaupun tersasar sejauh 3 milimeter akan menyebabkan kemusnahan besar;
sekiranya tersasar 2.5 milimeter sebagai ganti 2.8 milimeter, maka orbit
tersebut akan menjadi besar dan semua kita akan beku. Sekiranya tersasar sejauh 3.1 milimeter, kita
akan mati terpanggang”. (Bilim ve Teknik,
Julai 1983)

 

Sekarang lihatlah keunggulan kejadian orbit-orbit ini. Ketepatan dalam perkiraan Allah telah diambil
kira bagi meneruskan rahmat dan rezeki yang tidak kenal akan erti hujung. Perkiraan sedemikian sangat luar biasa hebat
jika dibandingkan dengan semua lapangan kejuruteraan termasuklah kejuruteraan
matematik. Sungguh luar biasa ketepatan
ini, sehinggakan lautan raksasa bintang tidak sedikit pun mengganggu perjalanan
sistem suria dan kehidupan bumi, malah memberi petanda akan banyak perkara,
seperti asal kejadian sistem suria, matahari dan pelbagai lagi. Akhirnya mendorong manusia untuk mengetahui
akan siapa yang mencipta semua itu. 

 

Bagaimana dorongan-dorongan berfikir, bertindak dan menilai ada pada
manusia? Bagaimana manusia boleh mempunyai daya inkuiri yang tinggi dalam
mencari jawapan asal semesta? Cuba lihat
surah at-Tin ayat ke-4:

 

Maksudnya: Sesungguhnya Kami ciptakan
manusia dengan sebaik-baik bentuk.

Brain

Menurut penjelasan Tafsir Al-Azhar oleh Prof Hamka, manusia telah
ditentukan sebagai mahkluk yang terbaik yang pernah diciptakan oleh Allah di
dunia ini baik dari struktur tubuh badan dan juga dari struktur pemikiran yang
dimilikinya. Pemikiran yang dikurniakan
Allah mempunyai peranan terbesar dalam menentukan jati diri kehidupannya,
termasuklah mampu untuk mengolah segala isi alam ini menjadi suatu yang baru. Pendek kata, pemikiran inilah yang menjadikan
manusia sebagai makhluk yang mulia
kerana mampu untuk membezakan yang hak dan batil sehingga dipertanggungjawabkan
menjadi pengatur segala kehidupan di muka bumi.

 

Jika dilihat akan penciptaan otak dan minda, keajaibannya melangkaui
pemikiran manusia. Otak adalah permata
anugerah ilahi yang paling berharga walaupun ia hanyalah 2 peratus daripada
berat badan. Keupayaan untuk berfikir inilah membuktikan manusia berupaya untuk
mengubah nasib dunia ke arah lebih baik, dinamik dan cemerlang. Seterusnya, keadaan persekitaran yang hebat
inilah yang membantu membina ketamadunan bangsa dan agama.

544pxdtisagittalfibers

Firman Allah dalam surah as-Sajadah ayat ke-8 hingga 9:

Maksudnya: … dan dimulakanNya
kejadian manusia berasal daripada tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari jenis pati, iaitu
daripada air(benih) yang sedikit dipandang orang; kemudia Dia menyempurnakan
kejadiannya, serta meniupkan padanya, roh ciptaanNya, dan Dia mengurniakan
kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran)…”

 

Prof Hamka telah menafsirkan ayat di atas bahawa pendengar, penglihatan dan
hati kita diciptakan untuk menghubung kaitkan alam yang berada disekeliling
manusia dengan diri kita sendiri agar dapat dipertimbangkan dan direnungkan
untuk menginsafi kebenaran Allah. 

 

Allah telah memberikan kelebihan kepada hambaNya akan dua komponen utama
otak, iaitu otak kiri dan otak kanan. Kecemerlangan seseorang itu terbukti dengan mengharmonikan penggunaan
kedua-dua belah ciptaan agung tersebut. Perkara ini telah terbukti pada diri Albert Einstein kerana berupaya
menzahirkan penggunaan otak secara optimum. Kehebatan otak inilah telah menyebabkan beliau telah memperkenalkan
Teori Asas Relativiti Einstein. Teori
ini telah pun diakui oleh para saintis abad ke-21 ini dan menegaskan bahawa
kelajuan masa berubah berdasarkan kepada kelajuan sesuatu objek dan jaraknya
daripada medan graviti. Apabila kelajuan
bertambah, masa akan menjadi singkat, mampat; menjadi seolah-olah ia berada
pada tahap ‘berhenti’.

574pxm87_jet

Seperti yang dijelaskan oleh Harun Yahya, penulis buku ‘Hakikat Kehidupan
Duniawi’, perlu ditegaskan bahawa relativiti masa ini tidak berlaku dengan
memperlahankan jam atau mempercepatkan ataupun memperlambatkan perjalanan
mekanisme spring, tetapi ia adalah hasil daripada perbezaan operasi period
seluruh sistem material sehingga kepada zarah-zarah sub-atom. Dalam erti kata lain, kesingkatan masa tidak
seperti pergerakan imej perlahan sebuah gambar bagi orang yang mengalaminya.

Spacetime_curvature

Keupayaan otak dan minda telah menerobos segala persepsi ruang dan masa
sehingga berjaya membuktikan keupayaan tanggungjawab sebenar manusia, iaitu
menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Dengan kedua-dua belah otaklah, manusia telah menemui cara akan
penggunaannya agar menjadi diri sebagai makhluk terbaik.  Sebagai contoh, walaupun tidak pernah
didedahkan oleh para pemikir, kita boleh dikatakan berjaya menggunakan potensi
minda dan otak semaksimum mungkin apabila menceburi lebih daripada satu bidang
kehidupan. Lebih baik bidang yang tiada
kaitan antara satu sama lain, misalnya seni lukisan dan animasi di mana
bandingannya ialah sektor kejuruteraan komputer, ataupun kejuruteraan
bio-mekanik. Berbeza bukan! Penglibatan
dalam sektor dan bidang yang sama sekali berlainan menyebabkan otak akan
bekerja keras untuk melahirkan semua yang diperlukan oleh dirinya. Otak dan minda akan cuba sedaya upaya untuk
menyelongkar setiap inci sudut untuk memperoleh fakta-fakta yang menyokong
bidang-bidang yang diceburinya. Seterusnya, sebahagian besar sel-sel neuron di dalam struktur otak akan
terangsang dan bergetar hingga melahirkan kuasa-kuasa ‘elektrik’ untuk
mengaktifkan segala yang diperlukan.  Oleh itu, segala keupayaan
imaginasi,kreativiti,global, interaktif, emosi, analisis, abstrak,
logik,rasional dan logik dapat digabungkan dengan sebaik mungkin sehingga ia
menjadi satu jalinan kekuatan kehidupan manusia untuk mengabdikan diri kepada
penguasa sebenar alam. Perkara yang
telah dijelaskan di atas telah pun dinyatakan oleh Dr HM Tuah dalam karyanya,
‘Membina Imaginasi Cemerlang’.

350pxhuman_skeleton_backsvgBurjdubaiheight

313px101portraitaltonthompson
310pxhuman_skeleton_frontsvg_1

Sekarang, cuba kita tafsir dan fahami akan hakikat penciptaan fizikal
manusia. Cuba perhatikan keindahan dan ketelitian postur tubuh badan
manusia. Sebagai contoh, lihat pada
susunan tulang belulang yang diselaputi oleh daging dan darah. Menurut pemerhatian yang dilakukan oleh Harun
Yahya sendiri, dalam bukunya ‘Petanda di Langit dan di Bumi- Bagi Golongan yang
Berpemikiran’, sistem rangka adalah sebuah keajaiban seni kejuruteraan yang
amat mengasyikkan. Personanya mampu
mengghairahkan para pengkaji dan jurutera untuk mengaplikasikan sistem sokongan
tubuh badan dalam struktur binaan bangunan dan struktur mega, di mana hanya
bantuan pengiraan yang kompleks oleh komputer terkini sahaja dapat membina
banguna pencakar langit. Kehebatan
sistem tulang dapat dibuktikan pada tulang paha. Ia dapat menampung beban
seberat 1 tan dalam kedudukan 90 darjah. Apa yang mengejutkan lagi, pada setiap langkah, ia memikul beban seberat
tiga kali ganda berat badan. Ketika
seorang atlit lompat kijang mendarat di atas tanah, setiap sentimeter persegi
tulang pelvisnya memikul tekanan seberat 1400 kilogram.

 

“Dan sesungguhnya telah Kami
muliakan Bani (anak-anak) Adam dan Kami angkut mereka dengan kenderaan di darat
dan di laut serta Kami beri rezeki mereka dengan yang baik-baik dan Kami
lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami jadikan dengan kelebihan
(yang sempurna)”.
(Surah
al-Isra’: 70)

 

Diriwayatkan oleh Dawud bin al-Majar dari Abi Hurairah, Rasulullah saw
bersabda:

Maksudnya: “ Wahai manusia! Pakailah
akal untuk mengenal Tuhanmu! Nasihat-menasihatilah dengan menggunakan akal,
nescaya kamu ketahui apa yang diperintahkan kepadamu dan apa yang dilarang!
Ketahuilah bahawa akal itu menolong kamu di sisi Tuhanmu! Ketahuilah bahawa
orang yang berakal ialah orang yang mentaati Allah, meskipun mukanya tidak
cantik, dirinya hina, kedudukannya rendah dan bentuknya buruk. Dan orang yang bodoh ialah orang menderhakai
Allah Taala, meskipun mukanya cantik, dia orang besar, kedudukannya mulia,
bentuknya bagus, lancar dan pandai berbicara…”

 

Dalam Ihya Ulumuddin, karangan Imam Ghazali, akal itu seolah-olahnya nur
yang dimasukkan ke dalam hati yang disediakan untuk mengetahui pelbagai
perkara. Orang yang berilmu dan beriman akan diangkat dengan beberapa darjat
sepertimana yang dijelaskan dalam surah al-Mujadalah, ayat ke-11. Ciri-ciri inilah yang dikatakan ada pada
orang yang dikategorikan sebagai Ulul Albab iaitu orang yang beriman dan
mempunyai kecerdasan pemikiran yang berlandaskan fitrah yang bersih dan suci
daripada kekotoran duniawi. Perkataan
Ulul Albab telah diungkapkan dalam Al-Quran sebanyak 16 kali iaitu pada surah
al-Baqarah, az-Zumar, ali-Imran, Sad, al-Maidah, Yusuf, ar-Ra’d, Ibrahim,
Ghafir dan at-Talaq.

 

Di sini dapat disimpulkan bahawa Ulul Albab dikenali sebagai insan yang
diberikan beberapa keistimewaan dan anugerah yang sangat berharga daripada
Allah. Mereka sebagai hamba yang taat
kepada Penciptanya sentiasa mengalunkan zikir yang sentiasa terpahat dalam
sanubari sehingga diilhamkan kekuatan untuk menghadapi dugaan hidup, seterusnya
memahami akan kepentingan ciptaan Allah kepada dirinya dan juga manfaatnya
kepada orang yang berada di sekitarnya. Dalam surah al-Imran ayat ke-190 dan
191, Allah berfiman:

 

Maksudnya: Sesungguhnya tentang
kejadian langit dan bumi dan pertikaian malam dan siang menjadi tanda (atas
kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan
berbaring; dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : Ya
Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan ini dengan percuma (sia-sia), Maha Suci
Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.

 

Ayat tersebut menjelaskan kepada kita bahawa orang yang diberi akan
keupayaan inkuiri yang tinggi dalam mencari dan menyingkap tirai rahsia ciptaan
bumi adalah orang yang berakal. Tambahan
lagi, orang yang berakal dalam erti kata yang sebenarnya sentiasa peka terhadap
persekitarannya dan peka terhadap alam ini dengan kebesaran Allah. Walau di mana mereka berada, tidak kira apa
jua keadaan pun, mereka tetap menzahirkan keabdiaan cinta kepada Allah.

800pxmadina_haram_at_evening__1

800pxmasjid_nabawi_medina_saudi_arabia_1

Dalam memahami erti sebenar fitrah kejadian alam ini, termasuklah usaha
untuk memahami hakikat kejadian diri, maka sifat Ulul Albab iaitu konsisten
dalam evaluasi diri terhadap persekitaran perlu dimiliki. Sesungguhnya dalam surah ali-Imran ayat ke-7,
Allah ada menjelaskan bahawa segala apa yang berlaku terhadap dirinya dan juga
di luar diri individu tidak akan berguna melainkan orang yang sentiasa mengambil
pengajaran. Tidakkah dengan memikirkan
dan mempelajari sejarah silam tokoh-tokoh jihad Islam, kita dapat mencedok
segala amalan yang mereka lakukan supaya Islam tertegak di muka bumi ini. Lihatlah dengan kaca mata kita sendiri bahawa
ramai di antara kita tidak mampu untuk mengambil pengajaran untuk menegakkan
maruah dirinya sendiri sebagai pejuang Islam. Di mana roh jihad dan dakwah dalam umat Islam zaman sekarang? Adakah
dengan hanya mempelajari Islam semata-mata untuk ke masjid sahaja? Adakah
dengan hanya mempelajari ilmu bersumber wahyu Allah semata-mata untuk solat,
puasa, zakat dan haji sahaja. Di luar
benak pemikiran kita, ramai lagi yang dahagakan ilmu Islam dan semakin
bertambah lagi orang yang tersungkur apabila meniti jalan kebenaran. Kita sanggup membiarkan mereka? Dengan ilmu keduniaan adakah kita mampu untuk
mendidik orang lain untuk solat? Ramai di kalangan kita yang tidak mahu untuk
melibatkan diri dalam menegakkan agama Allah. Hal ini kerana ramai di antara mereka beralasan bahawa banyak perkara
yang lebih penting daripada itu. Masakan
tidak, minda telah diubah suai hanya untuk belajar, belajar, belajar tanpa
mengajarkan kepada orang lain. Setengah
daripada mereka juga beralasan dengan terlibatnya dalam lapangan amar makhruf
ini, banyak kerja penting tidak dapat dilakukan. Mengapa perkara ini
berlaku? Cuba kita lihat semula sejarah
dakwah Islamiah Rasulullah saw. Dalam
proses hijrah ke Madinah, ramai di kalangan sahabat terpaksa meninggalkan harta
mereka. Jika diaplikasikan ke masa kini,
mahukah kita berjihad ke arah kebaikan sedangkan rumah, duit yang
bertimbun-timbun terpaksa dikorbankan. Mahukah kita mengorbankan masa kita dalam menegakkan agama. Jawapannya,
sudah tentu tidak mahu mengorbankannya. Walhal, Allah telah berjanji bahawa seruan ke arah kecintaan kepada
Allah adalah perniagaan yang tidak ada ruginya. Jadi, memang benarlah dengan melakukan evaluasi terhadap diri dan
persekitaran, kita mampu untuk mengubah suasana ke arah lebih baik dan lebih
terdidik dengan keizinan Allah. Tiada
yang lebih baik jika kita dianugerahkan nikmat Islam, iman, tarbiah Islamiah
dan dakwah. Kesemua nikmat itu sangat berharga melebihi harta seisi dunia.

HAKIKAT IMAN – Di mana Cinta?

April 24th, 2008 by muslimpagekamalzharif

Oleh: Kamal
Zharif bin Kamaludin

 

HAKIKAT IMAN – Di mana Cinta?2093954396_af3ff48da6_b_1

 

Novel_tautan_hati

Adakah kita ingat di mana asalnya kita? Adakah kita ingat di mana kita
dibesarkan? Adakah kita ingat di mana kasih sayang disandarkan? Adakah kita
ingat di mana kehidupan diabadikan? Di manakah kehadiran sinar cahaya dalam
hidup kita? Penghidupan ini tidak bermakna jika segala jiwa dan sanubari tidak
dapat ditumpukan sebaiknya ke arah di mana cahaya yang sebenar datang. Persoalan mengenai tempat atau asal ‘cahaya’
tersebut terbukti sukar dijawab oleh ramai penduduk muka bumi yang mengaku
dirinya telah menjumpai ‘cahaya’ itu. Kebiasaannya, pengakuan sedemikian
merupakan pengakuan yang tidak benar dan tidak secocok dengan hatinya, jika
dibandingkan dengan pengakuan mulut. Jadi, persoalan pokok yang berkisarkan tempat asal, kasih sayang dan
kehidupan tidak dapat dinukilkan dengan baik. Bertambah parah lagi apabila kita tidak tahu dan tidak mahu tahu di
manakah berakhirnya kehidupan percintaan yang sebenar. Sebenarnya, segala ruang lingkup persoalan-persoalan
yang tidak terjawab itu sudah wujud dalam era sekarang iaitu era yang penuh
dengan komunikasi maklumat, komunikasi jarak jauh dan juga era perantaraan
digital.

 

Kewujudan ruang lingkup tersebut sememangnya adalah gejala rumit yang
sangat sukar diselesaikan. Malah, ia menjadi perdebatan hangat bagi setiap jiwa
dan minda yang mahu meniti arus kemodenan hidup. Jika tidak dibimbing dengan
baik, maka pengemudian jiwa dan nurani kosong akan menjadi mangsa kepada
gelombang kehidupan yang sentiasa mahu menenggelamkan sesiapa sahaja.

 

1_887998708l

Walau begitu, masih ada lagi yang mampu menyeberangi gelombang kehidupan
itu. Berbekalkan naluri yang bersih dan
jauh dari kekotoran, pengemudian berjaya dilakukan. Akhirnya, destinasi sebenar dapat dijejaki
dan segala persoalan mengenai kewujudan ruang lingkup ‘di mana’, ‘di mana’ dan
‘di mana’ sudah terjawab dengan bernas. Kehebatan
yang luar biasa akan bertambah terserlah jika persoalan-persoalan itu dapat
diteka, dijawab, dipegang dan dihayati dengan baik semasa mengemudi. Itu yang sepatutnya kita usahakan kerana jika
gagal mengemudi, tiada siapa yang boleh membantu kita. Bahtera yang asalnya kuat akan tenggelam
bersama-sama kita dan tiada lagi tempat pergantungan kukuh. Harapkan berenang?
Itu pun jika mampu bertahan dengan gelombang yang ganas dan mampenyui kudrat
untuk mendarat di pulau yang berdekatan.

 

Perhatikan dengan teliti bahawa hakikat perjalanan menempuh arus kehidupan
bagaikan musafir padang pasir yang dahagakan kasih sayang. Hanya yang kuat sahaja yang mampu menahan
dahaga. Perjalanan menjadi lebih bermakna
jika tahu selok-belok padang pasir dan mahir akan lokasi sebenar punca air.
Mahu tahu akan cara untuk memahami selok-belok padang pasir? Sudah tentu mahu
juga mengetahui lokasi sumber air. Cuba
perhatikan kata-kata ini: 

Barangsiapa yang mengerjakan amal
soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan
Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang
mereka telah kerjakan.”

Green768

Kata-kata itu telah dinukilkan sendiri oleh Pencipta sebenar padang pasir,
yang sangat mahir mengetahui sumber air. Tidak dinafikan lagi ia merupakan Kalam Tuhan yang diwahyukan kepada
baginda Nabi Muhammad saw dan diabadikan dalam Al-Quran, surah an-Nahl ayat
ke-97.

 

Dalam sejarah ketamadunan dunia, kebahagiaan hakiki sudah menjadi topik
perbualan utama bagi setiap tamadun, termasuklah tamadun Parsi, China, India
dan juga di bahagian Asia Tengah. Pelbagai cara telah dilakukan tetapi banyak yang menyimpang dari kebenaran
yang hakiki. Matlamat menuju ke arahnya
telah bertukar menjadi matlamat yang menghalalkan cara dan zaman kegelapan atau
dikenali sebagai jahiliah telah wujud di merata tempat pelusuk dunia. Peraturan rimba menjadi amalan hidup
manusia. Ajaran yang pernah diwahyukan
oleh Allah swt kepada Nabi-nabi terdahulu telah dilupakan. Malah ajaran yang dibawa telah berjaya
diselewengkan. Itulah gambaran
kebiadapan yang berlaku di ambang kelahiran Nabi dan Rasul akhir zaman. Hampir keseluruhannya di dalam kesesatan dan
penyelewengan. Manusia tidak mengenal
Tuhan, nafsu bermaharaja lela, penjenayah menjadi hakim. Manusia menghadapi krisis nilai yang dahsyat
sehingga orang yang baik dianggap jahat dan orang yang jahat pula dianggap
baik. Perkara ini telah pun dijelaskan
oleh Haji Abdul Hadi Awang menerusi bukunya, Fiqh Harakah(Dari Sirah
Nabawiyyah). Hal inilah yang dikatakan
sebagai gelombang kehidupan yang ganas dan mampu menenggelamkan sesiapa sahaja,
tidak kiralah orang yang baik ataupun jahat. Perkara yang teruk itu juga telah meragut erti kasih sayang dan cinta
yang sebenar, sehingga manusia hidup beralaskan cinta kepada nafsu,
seolah-olahnya nafsu itulah yang menjadi tuhan mereka.

 

2296585429_f1968f5919_o

Dalam menghadapi kemelut yang berpanjangan tersebut, Allah yang mempunyai
sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah mengembalikan cinta yang sebenar
dengan memperkenalkan ajaran yang diakui tidak akan sesat selamanya. Itulah
ajaran Islam yang berjaya di bawa oleh Nabi Muhammad saw sebagai pembawa khabar
gembira kepada orang yang ingin mencari cinta yang sejati. Segala puji bagi Allah, kehilangan bahtera
yang melayari lautan telah memberikan sinar harapan kepada hambanya yang
dulunya terkapai-kapai di lautan buas dan tiada tempat pergantungan. Risalah
yang dibawa oleh Nabi Muhammad merupakan risalah penghidupan iman yang sebenar.

 

Firman Allah swt dalam surah al-Asr, ayat pertama hingga ke-3:

Maksudnya: Demi Masa. Sesungguhnya
manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh
dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan
kesabaran.

 

Dalam tafsir al-Quran penjelasan Hamka, beliau memetik kata-kata daripada Ibnu Qayyim menerusi karyanya,
“Mitfahu Daris-Sa’adah”:

 

2071428504_4670442881_o

Kalau keempat martabat telah tercapai oleh manusia, perjalanan ke arah
kesempurnaan hidup akan mudah tercapai. Martabat pertama ialah mengetahui kebenaran, manakala perkara kedua
ialah mengamalkan kebenaran itu. Martabat yang ketiga pula mengajarkan kepada orang yang tidak tahu. Jika
dilihat pada martabat keempat, sikap sabar merupakan martabat yang perlu ada
ketika mengamal dan mengajarkan perkara yang benar.

Demikianlah betapa pentingnya elemen-elemen yang penting dalam surah
al-Asr. Elemen- elemen itulah yang
bertindak sebagai pengimpal struktur luaran dan dalaman bahtera bagi
mengharungi ribut yang tidak menentu. Meskipun bahtera telah karam, orang yang masih terkapai-kapai di
permukaan laut diberi bantuan oleh bahtera lain. Sekarang kita lihat, betapa hebatnya sifat
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Buktinya dapat dilihat dengan hati sendiri menerusi firmanNya dalam
surah an-Nisa’ ayat ke-145 hingga 146:

 

Maksudnya: Sungguh orang munafik itu
(ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong
bagi mereka. Kecuali orang yang
bertaubat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan
dengan tulus ikhlas (menjalankan) agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama-sama orang yang
beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada orang yang
beriman.

 

258199_9752

Dalam ayat ini, Prof Hamka telah menjelaskan bahawa Allah sangat terbuka
dalam menerima taubat dan hijrah seseorang ke arah lebih baik walaupun pada
asalnya, keberantakan hati telah menjadikan dirinya seorang munafik. Penghijrahan yang diikuti oleh perasaan sesal
dalam melakukan dosa dan juga keazaman untuk memperbaiki jiwa yang keras akan
menuju ke destinasi kesempurnaan, di mana destinasi itulah yang mendapat
keredaan dan kasih sayang Allah. Orang
yang telah menjejaki buat kali pertama akan merasai betapa hebatnya Allah
itu. Tiada yang setara denganNya
walaupun ditawarkan harta seiisi dunia semata-mata untuk ke destinasi lain,
iaitu destinasi kecelakaan.

 

Kalau selama ini tidak mengendahkan konsep dan hikmah kesempurnaan solat,
maka dengan adanya matlamat ke destinasi cinta Allah, seseorang itu mampu untuk
mempelajari dan mempraktikkan bagaimana untuk memperbaiki dan menghiasi
solatnya.

Arroworange_1

Tambahan lagi, pelayaran bahtera menuju ke destinasi tersebut akan
bertambah mudah jika pengemudi mampu untuk membayangkan kenikmatan cinta
apabila tiba di sana.  Serta merta laut
yang ganas dapat ditempuhi tanpa menghadapi tekanan yang dahsyat. Hal ini dikatakan apabila seseorang hamba
Allah itu, sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah, tidak mengambil agama
itu separuh dan meninggalkannya yang lain. Perbuatan mereka ini telah dipermudahkan oleh minda untuk menegakkan
kalimah Allah di muka bumi dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan
apa yang dilarang. Semuanya dibimbing
oleh al-Quran dan Sunnah tanpa terdetik pun perasaan ragu-ragu.

 

Al-Quran dan Sunnah merupakan pendorong ke arah jalan yang menuju
kebahagiaan hidup yang mutlak kerana segala pengajaran disampaikan dengan penuh
hikmah dan tiada suatu kesalahan pun yang boleh menyesatkan manusia.
Kedua-duanya merupakan ilmu yang sangat berharga bagi seisi makhluk di dunia
ini. Jadi barangsiapa yang ragu-ragu dan tidak mahu menerima teguran yang
bernaskan dalil al-Quran dan Sunnah akan robeklah jiwanya. Segala perkara yang buruk akan mudah dicucuk
oleh syaitan. Syaitan pula akan
menghiasi perkara buruk sebagai perkara yang baik pada pandangan manusia.

Sajda

Jelaslah, ilmu itu sangat penting, termasuklah ilmu mengenai fikah. Dalam hadis: seorang yang faham ilmu fikah itu lebih digeruni syaitan daripada
seribu orang ahli ibadah
.
Walaupun hadis ini bertaraf lemah,

cuba

kita lihat hadis ni pula:

 

Barangsiapa dikehendaki Allah akan memperoleh kebaikan, nescaya
dianugerahiNya pemahaman dalam agama dan diilhamiNya petunjuk (HR Bukhari dan
Muslim)

Icover4

Oleh itu dalam menghadapi kemelut
akan hukum-hukum fikah, amat beruntung jika seseorang itu dianugerahkan akan
keindahan agama Islam yang dimilikinya. Hal ini sekaligus membuatkan kita berusaha untuk mencari ilmu. Apabila
kita telah berilmu, maka segala perkara walaupun mengenai solat, kita akan
mudah untuk memahami hakikat solat. Berbanding dengan orang yang tidak faham,
mereka seolah-olahnya menganggap solat itu adalah aktiviti rutin harian yang
biasa. Pemahaman ini sangat bercanggah dengan apa yang difaham oleh orang yang
berilmu. Jadi, sudah tentu syaitan akan lebih mudah menggoda orang yang tidak
berilmu.

Islam

Apa yang nk

cuba

kaitkan dengan hukum fikah
atau syariat, setiap hukum ada hikmahnya yang tersendiri. Contohnya, mengapa kita diperintahkan untuk
solat

lima

waktu? sebab apa kita diperintahkan untuk membaca surah al-Fatihah dalam solat
kita? Orang yang mahir hukum syariat
akan lebih menghayati bagaimana hendak menjadikan dirinya lebih takut thdp
Allah.

 

Ilmu fikah pun berkait dengan
ilmu fikah yang lain. Orang yang beriman akan mencari perkaitannya dah ini
membuahkan hasil yang lumayan, iaitu kebijaksanaan.

 

Dr Yusuf Qardhawi di dalam buku
Panduan Memahami Syariat Islam menjelaskan, " Yang dimaksudkan dengan
syariat itu ialah hukum-hakam yang digubal oleh Allah yang ditetapkan dgn dalil
Quran dan sunah serta cabangnya, sama ada kesepakatan para pakar (ijmak) atau
analogi (qiyas) serta dalil-dalil lain. Syariat lebih jelas maksudnya sebagai
segala sesuatu yang ditetapkan Allah kepada hambaNya berupa agama iaitu
Islam"

 

Jika kita lihat daripada maksud
oleh Yusuf al-Qardhawi, hukum-hakam yang telah diabadikan dalam al-Quran dan
dijelaskan dlm sunnah, membantu manusia supaya perjalanan hidup lebih terarah,
bersesuaian dengan fitrahnya, iaitu fitrah yang berkehendakkan kedamaian,
ketenangan jiwa, penyelesaian masalah sosial dan pelbagai lagi. Oleh itu, orang
yang beriman smmgnya tidak ragu lagi akan perintah Allah yang bersumberkan
al-Quran, firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat ke-2 hingga ke-5.

 

Maksudnya: Kitab itu (Al-Quran) tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi
orang-orang yang bertakwa. (Iaitu)
orang-orang yang beriman (percaya) kepada yang ghaib, mendirikan sembahyang dan
menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan orang-oran yang beriman kepada (kitab)
yang diturunkan sebelum daripada engkau, sedang mereka itu yakin dengan adanya
hari akhirat. Mereka itu di atas
petunjuk daripada adanya hari akhirat

 

Ayat tersebut menjelaskan bahawa
tiada keraguan bagi orang yang takutkan azab Allah jika beriman dengan perkara
ghaib, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki. Itulah petunjuk Tuhan, petunjuk ke arah
kesempurnaan dalam melaksanakan tugas-tugas kehidupan. Menurut Prof Hamka dalam tafsir al-Azhar,
kalimah takwa diambil dari rumpun kata wiqayah yang bererti memelihara. Takwa lebih mudah difahami
sebagai pemeliharaan hubungan yang baik antara diri dan Tuhan. Hal ini membolehkan seseorang itu memelihara
diri supaya tidak terperosok ke lembah kehinaan yang menyebabkan Allah tidak
meredai perbuatan hambaNya. Pernah
ditanya orang kepada sahabat Rasulullah, Abu Hurairah mengenai erti takwa. Beliau berkata: “Pernahkah
engkau bertemu jalan yang banyak duri dan bagaimana tindakanmu waktu itu?

Orang itu menjawab: “Apabilaa aku melihat
duri, aku mengelak ke tempat yang tidak durinya atau aku langkahi, atau aku
berundur.”
Abu Hurairah menjawab: “Itulah
dia takwa!”

 

 

Berbalik semula kepada soal
syariat,ia bersifat umum. Ustaz Arieff Salleh Rosman dalam bukunya, Fikah itu
Memang Best!, mengatakan ia mencakupi hukum-hukum yang berkaitan akidah, fikah
dan akhlak. Manakala fikah pula bersifat khusus iaitu termasuk dalam maksud
syariat. Kita juga dapat mengatakan fikah itu adalah cara kita melaksanakan
syariat. Jadi, jika hendak menjalankan perkara syarak atau syariat, perlu ikut
hukum fikah.

 

Terdapat masalah yang perlu kita
fahami bersama.

Ada

orang kata, syariat itu ialah hukum Tuhan
yang ditetapkan di dalam al-Quran dan sunnah. Manakalah, fikah pula hukum yang
dicipta oleh akal manusia. Perkara ini
salah sama sekali. Fikah sebenarnya adalah salah satu disiplin ilmu syariat.
Sama seperti akidah dan akhlak. Fikah termasuk dalam kategori ilmu yang berdasarkan
pada wahyu ilahi. Walaupun dalam fikah,
para pakar menggunakan akalnya bagi memahami ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi,
tetapi mereka tidak membuat sesuka hati. Mereka tidak boleh menggunakan akal
semata-mata. Akal perlu digunakan dalam
batasan yang diizin Allah.

 

Dalam mempelajari hukum fikah, ia
sangat membantu kita untuk memilih jalan hidup yang lurus, tidak ada
penyelewengan dalam hal-hal berkaitan nafsu amarah. Dr Yusuf Qardhawi di dalam
bukunya, Fiqh Keutamaan, telah menghuraikan akan konsep ilmu fikah. Beliau mengatakan bahawa fikah merupakan ilmu
yang mengatur kehidupan individu Muslim, keluarga Muslim, masyarakat Muslim dan
akhirnya membangunkan khilafah Islamiah. Ilmu yang berkaitan dengan diri seseorang muslim tersebut sangat
diperlukan menharungi badai lautan.

Cuba

bayangkan bagaimana seseorang itu tidak mempunyai asas ilmu fikah. Sudah tentu badai yang dihadapinya akan
menenggelamkan dirinya sekali. Badai ini
diumpamakan sebagai cubaan dan ujian hidup di dunia. Cubaan ini datang dalam
pelbagai bentuk sama ada menyerang kita dengan tekanan diri,jiwa ataupun
melumpuhkan kita dengan kurangnya harta, hilangnya sumber pendapatan dan
hilangnya kemampuan fizikal. Segala
penderitaan tersebut terpaksa dihadapi tanpa secebis ilmu pengetahuan. Sedangkan setiap dugaan memerlukan cara,
teknik dan strategi yang bersesuaian. Cara inilah merupakan sebahagian daripada
hukum fikah yang perlu diketahui. Kita
boleh ambil beberapa contoh dalam al-Quran mengenai pembahagian harta pusaka. Allah telah menetapkan bahawa lelaki ada
bahagiannya yang tersendiri seperti mana perempuan. Bayangkan jika pembahagian harta pusaka ini
dilanggar sesuka hati. Maka akan berlaku
masalah perebutan harta, benci membenci antara satu sama lain, perempuan
dijadikan warisan harta. Lihat bagaimana
fitrah yang bersih telah dinodai dengan perkara yang sangat bertentangan dengan
kehendak kehidupan manusia.

 

Keindahan Islam telah terbukti
semenjak dari zaman Rasulullah saw, kita dapat lihat bagaimana para sahabat
Nabi sangat menyanjungi martabat Islam. Kewibawan mereka terserlah dalam menghadapi situasi gawat semasa
menjalankan dakwah Islamiah. Sesuatu
yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan roh jihad dan roh dakwah dalam
sanubari masyarakat kini. Sebagai contoh, Abu Dzar al-Ghiffari bersemangat
untuk bersua muka dengan Rasulullah semata-mata mahu tahu mengenai ajaran baru
yang dibawa oleh baginda saw. Dengan
berbekalkan iman yang tinggi, keislaman Abu Dzar telah menjadi punca kepada
keislaman kaumnya. Sahabat lain seperti Tufail bin ‘Amru al-Dusi juga telah menampakkan
cirri-ciri yang sama. Orang kafir
musyrikin berkali-kali memomokkan beliau akan kehadiran pembawa ajaran baru,
kononnya dia telah memecah belahkan masyarakat dan mengganggu urusan orang
Quraisy. Mereka juga memfitnah bahawa
kata-katanya seperti sihir. Boleh
memisahkan ayah dan anaknya, memecah belahkan sesama saudara mara, suami dan
isteri.  Walau bagaimanapun, Tufail telah menetapkan
pendirian untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad saw. Alangkah gembiranya apabila beliau mengetahui
apa yang diajar oleh baginda adalah suatu perkara yang baik, bukannya seperti
yang digambarkan oleh orang yang memusuhi Islam. Di sinilah dapat kita lihat, ajaran agama
Islam merupakan ajaran yang penuh dengan nasihat yang berguna bagi umat manusia
seluruhnya. Islamlah yang telah
menyediakan cara-cara terbaik dalam menangani masalah dan juga telah
mengenalkan hukum-hakam mengenai segala urusan kehidupan manusia di dunia
ini. Bersyukurlah kepada Allah akan
nikmat Islam, iman dan tarbiyyah Islamiah ini.

 

Di dunia ini, pelbagai cabang dan
disiplin ilmu telah diwujudkan. Semuanya
itu merupakan rahmat Allah agar manusia diberi peringatan akan tujuan
kewujudannya. Kehebatan penciptaan
manusia telah merealisasikan kesempurnaan Allah dalam mentadbir dunia ini. Bahkan tidak, manusia telah mengolah sumber
alam dengan baik sekali sehingga mampu memperkenalkan beberapa teori-teori dan
falsafah yang kompleks. Tidak
ketinggalan juga kepesatan akan ilmu fikah. Nampak seperti kuno tetapi ilmu inilah yang mampu melahirkan disiplin
dalam kehidupan manusia sehingga mampu digelar umat yang terbaik kerana usaha
dakwah dalam memberitahu kepada dunia perkara-perkara harus dan baik serta
mencegah dunia dalam meneruskan niat buruk yang seterusnya membantutkan
ketamadunan manusia itu sendiri.

 

Oleh itu, hakikat iman sebenarnya
mampu mengubah nasib manusia itu sendiri. Pada asalnya, seseorang itu lemah
akhirnya menjadi insan yang kuat dan sangat berguna kepada orang lain. Cintailah yang utama iaitu kecintaan yang
mutlak. Mutlak hanya layak untuk Allah
dan Allah yang menjadikan segala cinta yang lain berkembang mekar. Seseorang hamba kepada Penciptanya mampu
untuk menzahirkan cintanya pada yang hak, pada Allah, RasulNya, ibu, ibu dan
ibu. Ketakwaan utuh seorang suami akan
yakin pula pada isterinya. Masing-masing
menjalankan tanggungjawab dalam menyandarkan cinta Allah pada yang benar.

Komik- Untukmu (diadaptasikan dari cerpen Untukmu)Karya-Umair Zulkefli, Pelukis- Freshie

April 22nd, 2008 by muslimpagekamalzharif
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Khutbah Jumaat 18 April 2008 - Rahmat Allah

April 20th, 2008 by muslimpagekamalzharif

Ringkasan Khutbah
Jumaat 18 April 2008

 

Khatib: 

 Dr. Azhar b. Muhammad,
Penolong Pengarah,Pusat  Islam dan
Pembangunan Sosial, UTM,skudai
            

 

 

Diringkas dan
diolah semula oleh:

Kamal Zharif bin
Kamaludin

Untitled1

Rahmat Allah swt

Sesungguhnya, kalimah Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih telah diciptakan untuk segenap kehidupan
terutamanya kepada hamba yang bergelar khalifah muka bumi ini. Dengan nama yang Maha Pemurah, manusia
dimulia dan dipermudahkan untuk menjalankan peribadahan kepada Pencipta yang
Maha Agung. Dengan nama yang Maha
Pemurah, insan yang bergelar anak, ibu, bapa, suami dan isteri mampu untuk
menerima segala rezeki Allah yang melimpah ruah. Atas nama Yang Maha Pemurah, Allah tidak
menjadikan manusia dengan sia-sia. Masing-masing mempunyai takdir yang telah
ditentukan sejak di alam roh lagi. Semua
orang telah ditentukan rezekinya tidak kiralah di mana dia akan tinggal, siapa
isterinya, apa kerjayanya, kenderaan apa yang akan digunakan dan tidak sama
sekali ketinggalan ialah bilakah tarikh kematiannya.

Untitled2

 

Lafaz basmallah seperti yang terbiasa kita menyebutnya ketika solat
mengandungi erti yang mendalam dalam setiap inci amalan kita. Penghayatannya
merupakan elemen dan parameter penentu bagi menjadikan sesuatu amalan diterima
dan mendapat pahala oleh Allah ataupun sebaliknya. Menyebutnya dengan lidah beserta meyakininya
seikhlas hati dapat membantu hamba yang bergelar manusia melakukan sesuatu
perkara hanya atas nama Allah. Tiada
lagi yang lebih tinggi dari yang itu. Dialah yang tertinggi. Dalam Tafsir
al-Azhar, kalimah basmallah ini membawa maksud bahawa seseorang yang memulai
sesuatu perbuatan ataupun pekerjaan sangat digalakkan untuk menyebut nama Allah
terlebih dahulu. Dalam hadis riwayat Abu
Daud:

 

Maksudnya: “Tiap-tiap pekerjaan yang
penting, kalau tidak dimulai dengan Bismillah, dengan nama Allah, maka
pekerjaan itu akan percuma jadinya.”

 

Menurut Tafsir al-Azhar lagi, hadis di atas membawa makna kurangnya
keberkatan dan limpahan rahmat Allah sehingga pekerjaan dan pelakuan orang
Muslim tidak diniatkan untuk mengabdikan diri kepada Penciptanya. Ia juga bererti tidak membawa hasil seperti
mana yang diharapkan.

 

Dari sini, dapat diakui kesahihannya akan kelebihan membaca Basmallah. Pembacaannya mempengaruhi setiap sanubari
mukmin yang beriman. Jiwa yang bersih
dan ingin mencari cahaya yang dapat menerangi hatinya sudah tentu mampu untuk
menggarap setiap makna dalam kalimah kemuliaan Allah swt. Keterbukaan hati tersebut dapat mendalami
dengan baik akan kebaikan demi kebaikan yang Allah beri. Jadi, ketentuan- ketentuan Allah dapat
ditafsirkan tanpa ragu-ragu. Kekayaan jiwa tersebut itulah yang mampu
mengetahui bahawa Allah itu bersifat Maha Pemurah akan setiap makhluknya. Tambahan lagi, sifat Maha Penyayang Allah
mampu untuk difahami dengan baik oleh orang-orang yang telah diterangkan
hatinya. Hati yang sehebat inilah dapat
merasakan kehangatan kasih-sayang Allah, tempat menumpangnya kasih yang tereagung
saat dimana keseorangan, saat dimana hati menjadi gersang dan saat dimana
kekalahan mula mendatang. Inilah hati
orang yang bertaqwa.

Untitled1

Melalui sifat-Nya yang Maha Pemurah, Allah telah pun menyediakan rezeki dan
takdir ketentuan ke atas setiap makhluk sama ada manusia ataupun haiwan, sama
ada Islam ataupun bukan Islam. Firman
Allah dalam surah al-A’raf ayat ke-156:

 

Maksudnya: Dan tuliskan bagi kami
kebaikan di dunia ini dan di akhirat; sesungguhnya kami bertaubat
kepadaMu. Allah berfirman: SeksaanKu
akan menimpa orang yang Aku kehendaki dan rahmatKu meliputi setiap
sesuatu. Nanti akan Aku tuliskan
rahmatKu itu bagi orang-orang yang bertakwa dan mengeluarkan zakat dan
orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.

 

Prof Hamka ada menjelaskan akan kesan orang yang bertaqwa dan meyakini akan
setiap kata-kata Allah menerusi ayat-ayat al-Quran. Mereka berdaya maju dalam meningkatkan
ketaqwaan kepada Allah dan juga bertambah senang untuk membelanjakan harta
mereka atas jalan Allah. Kemurahan hati
untuk mengeluarkan zakat dapat membantu membersihkan diri daripada pengaruh
harta benda yang hakikatnya tidak mampu langsung untuk dibawa terus ke
syurga. Orang-orang yang beriman inilah
yang mampu menzahirkan keikhlasan hatinya bahawa rahmat dan rezeki yang
dikurniakan sebaik-baiknya ke atas dirinya dimanfaat seadil-adil dan
sebaik-baiknya. Pertolongan mudah
diberikan kepada orang lain tidak kiralah dalam apa jua bentuk, sama ada harta
benda, jiwa dan tenaga empat kerat manusia itu sendiri. Oleh itu, bertambah besarlah rahmat Allah
yang akan diterima.

Untitled2

 

Dalam keadaan sebegini, kita sendiri dapat merasakan betapa banyaknya
nikmat dan rahmat yang telah diberikan oleh Allah.

Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah bersabda:

 

“Anugerah Allah itu penuh,
Dia tidak mengurangi kederasannya, baik malam maupun siang. Tahukah kalian apa yang telah Dia
anugerahkan, sejak Dia menciptakan langit dan bumi? Sungguh, Allah tidak
mengurangi sedikitpun apa yang ada dalam kurniaaNya.”

 

Bersumberkan dari Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah saw bersabda: “Setiap hari di mana para hamba memasuki
waktu pagi, mesti ada dua malaikat yang turun. Satu di antara keduanya mengucap: “Ya Allah, berikanlah ganti kepada
orang yang berinfak (menggunakan harta untuk beribadah, untuk kepentingan
keluarga, tamu, untuk bersedekah dan sebagainya)”. Sedangkan yang satu lagi mengucap: “Ya Allah,
berikanlah kerosakan (kerugian) kepada orang yang tidak mahu berinfak.
(Riwayat Muslim)

 

Rahmat yang melimpah ruah ini sebenarnya adalah tanggungjawab setiap insan
terutamanya yang beragama Islam agar mensyukuri atas segala limpah kurnia Allah
swt. Hal ini kerana Dialah yang mengatur
setiap urusan manusia dan kehidupan di muka bumi ini tanpa menjadikan sesuatu
dengan sia-sia. Semuanya telah
ditakdirkan akan pemberian rahmat dan hala tuju hidup. Jadi terserah kepada kita untuk memilih jalan
yang sempit tetapi lurus atau jalan yang lebar tetapi menarik kita ke dalam
lembah neraka. Pemahaman akan konsep
kesyukuran ini sangat penting bagi setiap individu kerana dengan redanya atas
ketentuan ke atas dirinya, maka semakin bertambah reda Allah terhadap individu
tersebut.

 

Allah telah menjelaskan akan konsep
sebenar kesyukuran sepertimana dalam surah Ibrahim ayat ke-7:

 

Maksudnya: Dan(ingatlah) ketika
Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan
menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka
pasti azab-Ku sangat berat.

 

Ayat tersebut memberithu supaya jangan terlalu sedih akan sesuatu yang
kurang pada diri kita, sebaliknya segala perkara yang dulunya dicita-citakan
tetapi tidak pula menjadi kenyataan sepatutnya menjadi hikmah dan bersyukur
akan ketentuan. Maka pasti akan diambah
Tuhan. Kekayaan tidak semesti semestinya
membuahkan ketenangan mutlak walaupun Islam sangat menghargai akan harta. Jika
seseorang itu kelihatan kaya tetapi dengan rezeki yang tidak halal, jiwanya
akan sentiasa kosong dan selalu merasai kemiskinan dan kekurangan kerana tidak
mempunyai sikap yang berterima kasih.

Shadow_hand_bulb

 

Kehidupan kita yang sentiasa dihiasi dengan jutaan rahmat dan kasih sayang
Allah amat mudah dilihat dan diserap dalam minda dan jiwa orang yang beriman
dan berakal. Sebagai contoh, cuba lihat
pada ciptaan tangan manusia. Bagaimana
keadaannya? Dengan wujudnya mekanisme
pergerakan tangan, maka kita dapat melakukan pelbagai perkara seperti menulis,
mengangkat dan memegang kertas, memegang telur ayam, mengawal pemanduan kereta
dan juga berfungsi untuk mengangkat bebanan yang berat. Menurut Harun Yahya
dalam buku “Bagi Golongan yang Berpemikiran” telah mendedahkan apa yang selalu
kita diperhatikan, walaupun kejadian tangan tidak berbentuk seperti sebiji
penumbuk tetapi tetap berkuasa melepaskan tumbukan terhadap sesuatu objek
seberat 45 kilogram. Bagaimanapun,
keupayaan untuk menyentuh sehelai kertas yang halus di celah ibu jari dan jari
telunjuk dengan ketebalan 0.1 milimeter sangat diakui oleh orang ramai. Hal ini sangat jelas menunjukkan perbezaan
akan dua sifat. Situasi yang pertama
menuntut daya yang besar, manakala yang kedua pula menuntut kepekaan.


845797089_c723397a1d_o

Jari-jemari terletak sesuai dengan panjang dan kedudukannya serta
berkadaran antara satu sama lain. Saiz
ibu jari yang normal apabila digenggam bersama jari lain untuk menjadi
penumbuk, terbukti lebih kuat berbanding dengan saiz ibu jari yang pendek. Disebabkan keserasian panjang yang telah
ditentukan, ibu jari berupaya membungkus jari lain sekaligus menyokongnya
dengan menambahkan jumlah kekuatan.

 

Dunia perubatan dan sains meluangkan usaha yang besar untuk menghasilkan
salinan tangan tiruan. Tangan robot yang
berjaya dihasilkan hanya sekadar mampu menyamai kekuatan tangan manusia, namun
kualiti lain seperti kepekaan sentuhan, pergerakan yang sempurna dan kemampuan
untuk melakukan pelbagai tugas masih jauh untuk dicapai. Pereka tangan robot,
iaitu Hans J. Schneebeli dengan rekabentuk ‘Tangan Karlsruhe’ telah mengatakan
bahawa apabila semakin lama berkecimpung dalam kajian merekabentuk tangan
tiruan, kekaguman terhadap struktur rekabentuk dan binaan tangan manusia
semakin meningkat. Pada zaman mutakhir ini,
beberapa tangan robot yang berjaya dihasilkan mampu melaksanakan 2 atau 3 jenis
pergerakan dan tindakan. Walau
bagaimanapun, perbandingan tangan robot dan tangan yang telah diciptakan oleh
Pencipta yang Maha Agung sangatlah berbeza. Hal ini jelas kelihatan akan betapa primitifnya tangan robot jika mahu
menyaingi tangan manusia.

458pxsanzio_01_plato_aristotle

“ Kami yang telah menjadikan kamu, maka mengapakah kamu tidak membenarkan
(hari bangkit itu)? Adakah kamu lihat, mani yang kamu tumpahkan (ke dalam rahim
perempuan)? Kamukah yang menjadikannya atau Kamikah yang menjadikannya? … Dan
sesungguhnya kamu telah mengetahui kejadian yang pertama, maka mengapakah kamu
tidak mengambil peringatan (daripadanya tentang kejadian yang kedua)?

 

                                                                                     (Surah al-Waaqi’ah:57-62)